top of page
Search
mkrc2021

'Virtual Meeting' perkembangan terkini Parlimen Padang Terap

20 Mei 2021 - Rentetan daripada kes Covid-19 yang semakin meningkat, saya sentiasa mendapatkan perkembangan terkini terutamanya di Parlimen Padang Terap daripada pemegang-pemegang taruh yang terlibat.


Sebentar tadi saya mengadakan ‘virtual meeting’ yang disertai oleh YBhg. Datuk Md Shuhaime Abd Rahman (Pegawai Daerah Padang Terap), YDH DSP Mulkiaman Manzar (Ketua Polis Padang Terap), Dr. Muhamad Fadzil Mohamad Marzuki (Pegawai Kesihatan Daerah Padang Terap), Dr. Muhammad Shauqi Abdul Kadir (Pengarah Hospital Kuala Nerang), Puan Noor Aniza Mat Ayub (JKM Padang Terap) dan pegawai-pegawai Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap.


Saya turut mendapatkan perkembangan terkini berkaitan Program Vaksinasi di Daerah Padang Terap.


Saya secara peribadi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memainkan peranan masing-masing dalam membendung pandemik Covid-19 ini. Semoga perjuangan kita beroleh kemenangan sedikit masa lagi.


1 view0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page