Dalam usaha memperkasakan lagi program vaksinasi kebangsaan, hari ini saya melancarkan Unit Bergerak Vaksinasi Covid-19 Peringkat Parlimen Padang Terap.
Majlis pelancaran dan sidang media ini saya adakan secara maya. Unit kenderaan bergerak akan memasuki kawasan tertentu di Padang Terap bagi memudahkan orang ramai menerima vaksin Covid-19 tanpa perlu bersusah payah beratur panjang di pusat pemberian vaksin berkelompok.
Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam usaha ini khususnya Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap
Comments