TNB sumbang 2 van jenazah kepada warga Sungai Petani
- mkrc2021
- Sep 19, 2021
- 1 min read
Alhamdulillah, hari ni saya turut menyempurnakan Majlis Penyerahan 2 buah van jenazah sumbangan TNB untuk kegunaan Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, Sungai Petani dan Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Sumbangan diserahkan kepada Panglima 6 Briged, Brig. Jen. Khairul Anuar Abd. Aziz dan Ketua Imam Masjid Sultan Abdul Halim, Che Sa bin Ahmad di Kem Sg. Layar. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya kepada pihak TNB yang terus berbakti membantu pihak yang memerlukan menerusi program CSR. Semoga sumbangan van jenazah ini dapat memberi manfaat kepada warga sekitar selain menjadi asbab kebaikan kepada TNB untuk terus berkembang maju dalam perniagaan mereka dan berterusan menyumbang bakti kepada masyarakat. #KeluargaMalaysia
Comentários