top of page
Search

Tinjauan ke Perkampungan Orang Asli Kg. Penderas, Kuala Krau, Pahang

  • mkrc2021
  • Sep 16, 2021
  • 1 min read

Pagi tadi saya membuat tinjauan ke Perkampungan Orang Asli Kg. Penderas, Kuala Krau, Pahang bersama Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Mohamed Said. Turut bersama saya, Timbalan Menteri KPLB, YB. Dato' Sri Abd. Rahman Mohamad, KSU KPLB, Datuk Dr. Jailani Muhamed dan Ketua Pengarah JAKOA, Puan Sapiah Mohd Nor. Sebagai tindakan kawalan pandemik Covid-19, PKRC Sekolah Kebangsaan Penderas dibuka mulai 15 Sept. 2021 untuk menempatkan pesakit Covid-19 dalam kalangan Orang Asli yg boleh menempatkan 500 pesakit. Setakat ini, sejumlah 1133 Orang Asli dari 10 buah perkampungan sekitar Kuala Krau dijangkiti Covid-19. Semoga kita dapat mengawal penularan wabak itu dengan pembukaan PKRC SK. Penderas ini. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #LuarBandarSejahtera


 
 
 

Comments


Post: Blog2 Post

©2021 by Tokdet. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
bottom of page