top of page
Search
mkrc2021

Tahniah atas pelantikan Ketua Pengarah JAKOA yang baharu

Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Sapiah bt. Mohd Nor yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ke-18 berkuatkuasa 15 September 2021.


Pelantikan beliau diperkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.


Surat pelantikan beliau telah diserahkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, di Bangunan Parlimen tengah hari tadi.

Pelantikan Puan Hajah Sapiah telah mencipta sejarah negara apabila beliau menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.


Pelantikan ini juga merupakan sejarah kepada JAKOA apabila dipimpin oleh golongan wanita sekaligus meningkatkan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dan masyarakat Orang Asli dalam perkhidmatan awam.



1 view0 comments

コメント


Post: Blog2 Post
bottom of page