top of page
Search
mkrc2021

Salam takziah kepada 5 beradik setelah kematian ibu tercinta.

Saya dimaklumkan mengenai berita sedih seorang anak iaitu Nurfarra Asyikin Norazmi yang kematian ibunya hari ini yang juga seorang ibu tunggal iaitu Norhasimah Abdul Majid akibat kemalangan jalan raya pada bulan Ramadan lalu.


Saya telah mengarahkan Pegawai Khas saya Saudara Jasnizam yang juga Ketua Pemuda UMNO Padang Terap bersama Ketua Cawangan Kg. Tengah Tualak dan Pengerusi Zon Pemuda UMNO Padang Terap, menziarahi keluarga berkenaan di Kg. Pasir Puteh Tualak dan menyampaikan bantuan segera kepada adik Nurfarra Asyikin yang berusia 20 tahun, bagi meringankan bebannya yang terpaksa menjadi ketua keluarga kepada 4 adik beradiknya yang berusia 4, 12, 15 dan 18 tahun.


Saya juga mengucapkan salam takziah atas kehilangan bonda beliau. Semoga roh arwah bonda adik Nurfarra Asyikin ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Saya juga mendoakan semoga adik Nurfarra Asyikin dan adik-adiknya tabah menghadapi ujian ini.


In Shaa Allah, pihak pejabat Parlimen Padang Terap akan membantu sebarang keperluan mereka sekeluarga.


1 view0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page