Saya kemudian ke Program Santai Gabungan Belia Mahasiswa, Majlis Belia Daerah Padang Terap di Kem Perik. Antara persatuan belia yang hadir ialah GPMS, Persatuan Belia 4B, MAYC, Persatuan Belia Felda Bukit Tembaga (BFBT), Persatuan Belia Felda Lubuk Merbau dan Persatuan Aspirasi Murni Kg. Genting Palas. Sebagai Penaung Majlis Belia Daerah Padang Terap, saya mencadangkan supaya diwujudkan satu Urusetia Tetap Mahasiswa Parlimen Padang Terap yang akan mula beroperasi pada awal bulan Disember ini. Diharapkan dengan adanya Urusetia Tetap itu, akan membolehkan segala urusan dan juga perkongsian idea anak-anak muda dapat diselaraskan dengan lebih baik untuk pembangunan masyarakat Padang Terap. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments