1 Nov 2021 - Tengah hari ni saya mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md Shuhaimie Abd. Rahman. Perbincangan khusus berkaitan pembangunan di daerah Padang Terap. Antaranya, pembinaan bangunan tambahan di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang merangkumi dewan serbaguna, rumah Imam dan rumah musafir, naiktaraf jalan kampung, jambatan Kem Perik di Kg. Perik, Kuala Nerang, cadangan pengambilan tanah untuk laluan paip air baru daripada Empangan Ahning ke tapak projek Kedah Rubber City dan penyelesaian isu tanah untuk pembinaan sub station TNB di Kedah Rubber City Padang Terap. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments