7 Nov 2021 - Di Kg. KEDA Bukit Tukang Jusoh, Kota Kuala Muda, saya merasmikan Dewan Orang Ramai yang baru disiapkan. Semoga memberi manfaat kepada penduduk dengan adanya dewan ini untuk menggerakkan sebarang program kemasyarakatan. Dalam ucapan, saya mengingatkan kepada Jawatankuasa kampung betapa pentingnya membudayakan aspek penyelenggaraan ke atas setiap kemudahan yang ada di kampung. Budaya menyelenggara bukan sahaja membolehkan setiap kemudahan yang ada dapat bertahan lama, malah menberikan kegembiraan kepada semua pihak. #keluargamalaysia #BekerjaBersamaRakyat
mkrc2021
Comments