Menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas di Dewan Rakyat hari ini. Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas titah ucapan.
Antara intipati Titah Baginda adalah menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.
Baginda menyambut baik keterbukaan Kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara. Titah Tuanku lagi, kematangan politik seperti inilah yang didambakan oleh seluruh rakyat. Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi “biduk lalu, kiambang bertaut”. Sesungguhnya yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidak kalah semua.
Hanya menerusi perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah “Keluarga Malaysia” sahajalah, kita akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh. Itu ditegaskan Baginda Tuanku.
Comments