2 Nov 2021 - Hari ini juga saya hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara MARA CORP dan TalentCorp yang turut dihadiri oleh YB. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan Jalinan kerjasama ini bagi menyokong usaha kerajaan untuk menurunkan kadar pengangguran di Malaysia. Skop kolaborasi ini memberi tumpuan kepada kerjasama dan penghubung di antara TalentCorp dengan pelajar dan jaringan syarikat di dalam MARA. Juga mewujudkan projek khas dan kerjasama pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan di dalam ekosistem MARA. Terima kasih Kementerian Sumber Manusia dan TalentCorp Malaysia #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments