18 Okt 2021 - Hari ni saya ke daerah Pitas dekat Kudat untuk meninjau program Jalan Luar Bandar di bawah KPLB. Saya juga ke tapak projek Bekalan Air Luar Bandar iaitu Loji Rawatan Air Pitas 2. Turut bersama saya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Panglima Bung Mokhtar Radin, Timbalan Menteri 1 KPLB, Dato' Sri Abd. Rahman Mohamad dan KSU KPLB, Datuk Ramlan Harun. Seperti yang saya tegaskan bahawa, fokus utama KPLB adalah Jalan Luar Bandar, Jalan Kampung, Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Elektrik Luar Bandar yang diletakkan di bawah KPI 100 hari saya sebagai Menteri KPLB. #juaraiagendakeluargamalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments