top of page
Search
mkrc2021

Meninjau Projek BALB di Bahagian Serian, Sarawak

22 Okt 2021 - Dari Kuching saya ke Kg. Mentong Merau/ Mongkos, Bahagian Serian yang mengambil masa satu jam setengah perjalanan untuk meninjau Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di kawasan tersebut. Projek bernilai lebih RM112 juta ini memberi manfaat kepada 2,877 buah rumah dan 14,385 penduduk. Alhamdulillah projek ini akan siap sepenuhnya pada 30 November 2021 dan telah mula membekalkan air kepada penduduk. Pembinaannya melibatkan kerja saluran paip sepanjang 165 km, pembinaan tangki aras tinggi berkapasiti 1 juta liter di Kg. Senggai Mawang dan 2.5 juta liter di Kg. Muara Ahi, pemasangan paip ke rumah-rumah dan pembinaan stesen pam penggalak. #juaraiagendakeluargamalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera


1 view0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page