top of page
Search
mkrc2021

Mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasca Kabinet KPLB

1 Sept 2021 - Selepas Mesyuarat Kabinet secara atas talian pagi tadi, petang ini saya mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasca Kabinet KPLB bersama pengurusan tertinggi kementerian dan hibrid atas talian bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta Ketua-ketua Agensi.


Selain daripada perbincangan mengenai perkara-perkara di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, petang ini juga saya telah diberikan taklimat untuk mendapatkan gambaran keseluruhan fungsi dan operasi kementerian selain membincangkan isu-isu semasa berkaitan KPLB dan merangka strategi untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar di seluruh Malaysia.


InsyaAllah, Keluarga Malaysia di KPLB memberikan tekad dan iltizam untuk memastikan segala permasalahan masyarakat luar bandar dapat diperhalusi dan diselesaikan.




0 views0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page