Sebagai Ahli Parlimen, saya sentiasa mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam pelbagai sektor ekonomi.
Hari ini melawat serta memberi sokongan kepada empat orang usahawan di sekitar Parlimen Padang Terap.
1. Saudara Ilias Saad mengusahakan kuih sekupang. Dia telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 40 orang anak tempatan.
2. Cikgu Faridah Abd. Rahman pula mengusahakan madu kelulut. Cikgu Faridah telah berjaya memasarkan madu kelulut ke seluruh negara.
3. Saudara Norzarimi Yahaya mengusahakan seni kayu palet. Kepelbagaian seni kayu palet ciptaannya telah mendapat tempat bukan sahaja di Padang Terap, malahan di negeri-negeri di utara Malaysia.
4. Saudara Rosmizan Isa pula mengusahakan jambu air madu loceng merah. Sehingga kini, Saudara Rosmizan berjaya memenuhi permintaan terhadap jambu air madu di negara ini.
Saya berbangga melihat golongan usahawan ini apatah lagi mereka adalah orang muda. Saya doakan semoga mereka berjaya dalam perusahaan masing-masing dan boleh membantu warga Padang Terap dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka.
Comments