17 Okt 2021 - Terus ke Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua-ketua Agensi KPLB Wilayah Sabah di Shangri La Hotel Tanjung Aru. Saya berpesan kepada semua ketua-ketua agensi untuk mengenal pasti setiap keperluan masyarakat luar bandar di Sabah mengikut keutamaan. Perlu ada data lengkap dan terkini agar segala perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Jangan ada terlalu banyak birokrasi dalam melaksanakan program untuk kemudahan masyarakat. #juaraiagendakeluargamalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments