16 Okt 2021 - Hari ini saya meluangkan masa bersama pekebun kecil getah dalam Majlis Pekebun Kecil Makmur Peringkat RISDA Negeri Kedah. KPLB sentiasa komited untuk terus memberikan sokongan kepada pekebun kecil dengan menggandakan usaha bagi memacu nilai tambah dan rantaian ekonomi demi kesejahteraan bersama. Tahun ini, KPLB melalui RISDA telah menanam semula getah seluas 10,485 hektar dan telah memberi manfaat kepada 12,507 pekebun kecil getah melalui pelbagai bantuan dan inisiatif di seluruh negara. KPLB juga akan terus komited untuk memastikan kelangsungan para pekebun kecil melalui Gagasan Luar Bandar Sejahtera dan yakinlah bahawa kami akan terus berusaha untuk merencana program-program yang cakna dan efektif demi memastikan denyut nadi pekebun kecil berterusan. Ayuh kita jayakan aspirasi kemakmuran pekebun kecil di dalam semangat kebersamaan Keluarga Malaysia. #tokdetpadangterap #juaraiagendakeluargamalaysia #bekerjabersamarakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments