18 Sept 2021 - Tengah hari ni saya membuat lawatan ke Felda Lubuk Merbau, Padang Terap untuk meninjau program tanam semula getah dan kelapa sawit yang mana peneroka mahu program tanam semula itu dipercepatkan dari tahun 2023 ke tahun hadapan 2022. Jumlah keseluruhan peneroka terlibat dalam Fasa 1 tanam semula itu adalah seramai 416 peneroka dan membabitkan tanah seluas 585.54 hektar. Turut bersama saya Pengarah KPLB Wilayah Utara, Pengarah Felda Wilayah Alor Setar, Pengarah Risda Kedah dan Pengarah Felcra Kedah. Alhamdulillah, Pengarah Felda Wilayah Alor Setar telah memberi jaminan untuk memberi keutamaan kepada peneroka di Lubuk Merbau ini untuk melaksanakan program tanam semula sawit dan tukaran tanaman getah ke kelapa sawit. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #LuarBandarSejahtera
mkrc2021
コメント