1 Okt 2021 - Petang tadi saya menerima Kunjungan Hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia, H.E. Mr. Roland Galharague ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar Antara topik perbincangan kami termasuklah berkaitan pengalaman kerajaan Perancis dalam pembangunan kawasan luar bandar. Juga berkaitan meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan yang sedia terjalin. Turut bersama saya, KSU yang baharu memulakan tugasnya hari ini di KPLB, YBhg. Dato' Ramlan Harun. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #LuarBandarSejahtera
mkrc2021
Comments