8 Okt 2021 - Petang semalam saya dimaklumkan mengenai kejadian ribut yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Padang Terap.
Saya telah mengarahkan Setiausaha Sulit, Saudara Jasnizam Husni yang juga Ketua Pemuda Umno Bhgn. Padang Terap bersama Pegawai Khas Parlimen Saudara Ahamad Ayob untuk meninjau kerosakan yang berlaku.
Saya difahamkan bahawa 5 buah rumah di Kg. Masjid Lama dan Kg. Masjid Baru mengalami kerosakan.
Saya juga dimaklumkan bahawa 3 buah rumah lagi di Perumahan KEDA Kg. Kubang Kenyeng turut mengalami kerosakan akibat kejadian ribut petang semalam. Sebuah Dewan Terbuka Watt Siam Kg. Tanjung Pedu juga mengalami kerosakan selepas bumbungnya diterbangkan angin kencang.
Comments