Petang tadi bersama Datuk Md. Shuhaimie Abd. Rahman, Pegawai Daerah Padang Terap, CEO Zakat Kedah, Syeikh Zakaria Othman dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Padang Terap, bermesyuarat secara jarak jauh dalam talian.
Satu tindakan penyelarasan bantuan jangka panjang telah diputuskan kepada 5 adik-beradik di Kg. Pasir Puteh Tualak yang kematian ibu beberapa hari lalu akibat kemalangan jalan raya.
In Shaa Allah kebajikan mereka akan terbela dengan pelan bantuan yang dirangka secara jangka panjang itu.
Comments