top of page
Search
mkrc2021

Isu bekalan air, elektrik dan jalan di Kg. Melayu Bukit Tarek

27 Okt 2021 - Saya telah mendapat gambaran sebenar dan jelas berkaitan isu bekalan air, elektrik dan jalan di Kg. Melayu Bukit Tarek, Mukim Ulu Yam, Selangor, hasil pertemuan dengan Aktivis Bandaras, Datuk Mohd Yusoff Hanif dan juga Ketua UMNO Bhgn. Hulu Selangor, Datuk Mad Nadzari Ahmad Dahalan. Saya dimaklumkan bahawa 90 buah rumah penduduk di kampung itu mempunyai geran tanah yang sah yang diduduki sejak 2004. Saya juga telah merujuk perkara tersebut dengan pegawai tinggi KPLB dan InsyaAllah pada hari Isnin ini satu mesyuarat akan diadakan dengan pihak kerajaan negeri Selangor untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh penduduk itu. Perkembangan lanjut akan saya maklumkan nanti. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #luarbandarsejahtera



0 views0 comments

Comments


Post: Blog2 Post
bottom of page