16 Okt 2021 - Petang tadi saya berkesempatan singgah di Tasik Pedu untuk meninjau perkembangan terkini di sana. Kita sedang melihat apakah lagi inisiatif yang boleh dijalankan untuk meningkatkan daya tarikan dan memperkasakan lagi potensi untuk masyarakat desa. Tasik Pedu berpotensi untuk dimajukan sebagai satu tarikan eko pelancongan di Padang Terap khususnya dan negeri Kedah amnya, selain menjana peluang ekonomi buat para pengusaha produk pelancongan dan masyarakat di sini. House boat di Tasik Pedu ini mampu menjadi salah satu tarikan pelancong yang ikonik. Keindahan flora dan fauna serta nilai sejarah setempat dijadikan kenangan kepada sesiapa sahaja yang gemarkan pengalaman melancong yang menarik. Jemputlah ke Tasik Pedu! #tokdetpadangterap #juaraiagendakeluargamalaysia #bekerjabersamarakyat #luarbandarsejahtera
mkrc2021
Comments