top of page
Search

Felda Lubuk Merbau dilanda angin ribut

  • mkrc2021
  • Apr 13, 2021
  • 1 min read

Updated: Apr 16, 2021

Saya baru dimaklumkan lebih 60 buah rumah, sekolah dan kuarters klinik di kawasan Felda Lubuk Merbau, Parlimen Padang Terap dilanda angin ribut. Saya telah meminta Pegawai Khas saya, Saudara Jasnizam Husni mewakili saya untuk menziarahi dan menyalurkan bantuan segera kepada penduduk yang terjejas.


Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Aamiin.

Rentetan daripada kejadian ribut petang tadi, satu mesyuarat khas penyelarasan bantuan bencana telah diadakan antara Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dan pihak-pihak berkuasa yang lain.


InsyaAllah, seawal pagi esok akan menyusul bantuan kepada mangsa.


 
 
 

Comentarios


Post: Blog2 Post

©2021 by Tokdet. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
bottom of page