top of page
Search

Allahyarham Ahmad bin Hassan, bekas Pegawai Khas telah kembali ke Rahmatullah

  • mkrc2021
  • Jun 30, 2021
  • 1 min read

Hari ini menerima berita sedih atas pemergian sahabat lama saya yang juga bekas pegawai khas saya, Allahyarham Ahmad Hassan (Mad Kang) yang telah kembali ke Rahmatullah.


Arwah merupakan antara pegawai khas yang paling lama berkhidmat dengan saya sejak tahun 1994 ketika saya bertugas sebagai Setiausaha Politik, Menteri Besar, Timbalan Menteri dan juga Menteri.


Arwah bukan sekadar pegawai yang berkhidmat untuk saya tetapi lebih kepada sahabat dan kawan lama yang cukup memahami jiwa saya.


Saya hilang seorang sahabat sejati. Agak terkesan dengan kehilangan arwah, namun saya reda kerana Allah lebih menyayanginya.


Semoga segala kebaikan arwah diterima oleh Allah SWT dan didoakan semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh.


Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham



 
 
 

Comments


Post: Blog2 Post

©2021 by Tokdet. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
bottom of page